Resepi Sup Ayam Simple Tanpa Sup Bunjut

9 views

Resepi Sup Ayam Simple - Hello jumpa lagi di ResepiAyam.net, hari ini saya akan kongsikan satu sup ayam yang rasanya sedap dan istimewa. Ini spesial untuk anda yang suka makanan panas berkuah. Setiap bulan mesti ada saya masak ini untuk anak-anak. Apalagi sepanjang bulan puasa. Hari ini mood saya sedang baik, ingin buat makanan sedap tapi mudah dan ringkas buatnya.

Sebenarnya ada banyak yang telah share cara buat sup ayam di Google tapi kerana yang saya buat ni tanpa sup bunjut, boleh lah saya share juga disini. Bagi yang suka rasa sup asli menggunakan rempah-rempah sahaja tanpa sup bunjut, inilah resepi sup ayam simple tanpa sup bunjut. Ia sangat sedap dan mudah, sesuai untuk anda yang tak punya masa lebih di dapur.

Resepi Sup Ayam Simple

resepi sup ayam simple

Kemarin saya dah menulis resepi ayam masak merah yang boleh anda cuba juga di rumah. Hari ini saya kongsi resepi sup ayam simple tanpa sup bunjut yang sangat ringkas masaknya tapi sedap dan istimewa. Ia tidak menggunakan rempah sup bunjut. Anda boleh ganti ayam dengan daging atau tulang kambing bila tak suka ayam. Ia juga boleh menjadi makanan sihat bila anda demam boleh dihirup kuah sup supaya lega.

Jom kita layan resepi sup ayam simple tanpa sub bunjut di bawah.

Bahan-Bahan

  • 500 gm ayam - dipotong kecil dan cuci bersih
  • 2 biji kentang - potong baji
  • 1 biji tomato - belah 4
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 batang lobak merah - potong panjang 1 inci
  • 3 kuntum bunga cengkih dan 2 biji pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • daun bawang dan daun sup - dimayang halus

Bahan Kisar

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu kecil jintan manis - sangai dahulu
  • 3 biji buah keras

Cara Masak Sup Ayam

  1. Tumis bawang putih, bawang merah, buah keras, serbuk ketumbar, lada hitam dan jintan manis.
  2. Masukkan juga bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis.
  3. Masukkan ayam dan biarkan seketika.
  4. Masukkan air dan kacau sikit-sikit hingga merenih.
  5. Bila air dah mulai mendidih, masukkan kentang dan lobak merah. Masak hingga ia empuk.
  6. Masukkan tomato dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kacau seketika dan padamkan api.

Mudah kan resepi sup ayam simple tanpa sup bunjut yang telah saya kongsikan disini. Akhir sekali sila tabur daun bawang dan daun sup bila ingin makan sup. Hidangkan sup ayam panas-panas kerana lebih sedap.

 

Resepi ayam ini berkaitan dengan:

  • resepi sup ayam mudah tanpa sup bunjut
  • sup ayam simple tanpa sup bunjut

Tags: #resepi ayam #resepi sup ayam #sup ayam simple