Resepi Rendang Ayam Minang Simple

3 views

Resepi Rendang Ayam Minang - Hello jumpa lagi di ResepiAyam.net, hari ini saya akan kongsikan masakan ayam yang ramai orang minang buatnya. Kebanyakan masakan minang memang menggunakan banyak rempah rempah yang ditumis terlebih dahulu, seperti rendang ayam minang yang akan saya kongsikan hari ini.

Saya teringat dahulu adik saya yang mengajarkan saya cara memasak rendang ayam yang sedap. Adik saya belajar dari seorang sahabatnya dari minang. Ia memang mewarisi kehandalan dalam memasak masakan minang kerana ia juga buka kedai. Lepas saya mencuba sendiri resepi rendang ayam daripada adik saya, memang rasanya berbeza daripada rendang lain.

Resepi Rendang Ayam Minang

resepi rendang ayam minang

Kemarin saya dah menulis resepi nasi ayam madu. Ayam madu memang menjadi menu favorit anak-anak saya. Tetapi bila dah nak bulan Ramadhan, siap-siap lah buat rendang ayam. Hari permulaan puasa biasa saya menyediakan rendang ayam minang sebagai stock lauk bersahur. Saya memang suka makan lauk pauk kering semasa sahur.

Jom kita layan resepi rendang ayam minang di bawah ini.

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 asam keping
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 biji kelapa - santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar

  • 18 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 hiris lengkuas
  • 3 cm halia
  • 2 batang serai
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup

Cara Masak Rendang Ayam Minang

  1. Tumis semua bahan kisar sampai pecah minyak.
  2. Masukkan jintan putih dan jintan manis. Tumis semula hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan tunggu hingga ayam kecut dan kuah mendidih.
  4. Masukkan santan pekat dan kacau rata hingga pecah minyak.
  5. Masukkan limau purut dan keresik. Kacau terus dengan api sederhana untuk mengelakkan hangus.
  6. Lepas tu, masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa.
  7. Bila kuah dah nampak kering, angkat dan siap dihidangkan.

Simple je kan resepi rendang ayam minang yang telah saya kongsikan? Sila hidangkan bersama nasi panas. Bila suka boleh taburkan daun kunyit yang telah dihiris sebelum tutup api. Masak lama lama bila nak buat kuah rendang berwarna gelap.

Resepi ayam ini berkaitan dengan:

  • resepi ayam rendang simple bahan

Tags: #resepi ayam #resepi rendang ayam #resepi rendang ayam minang