Resepi Nasi Ayam Madu Simple dan Sedap

6 views

Resepi Nasi Ayam Madu - Hello jumpa lagi di ResepiAyam.net, hari ini saya akan kongsikan masakan ayam yang tak pernah jemu anak-anak makannya. Anak-anak memang suka makan nasi ayam. Dahulu saya hubby singgah di kedai kat rumah beli nasi ayam. Tetapi harganya sekarang bukan murah dan ayamnya pun ciput. Jadi saya cuba masak sendiri di rumah.

Anak-anak sangat gemar makan masakan ayam, apa je yang penting gunakan bahan ayam mesti suka. Tak hairan kalau saya buat blog resepi ayam ni guna mengingatkan saya apa je yang boleh dimasak menggunakan ayam. Apa rasa nasi ayam simple yang akan saya kongsikan ini? Mesti sedap lah. Nasinya sedap dan ayamnya pun sedap. Anda mesti cuba sendiri kalau nak tahu rasanya.

Resepi Nasi Ayam Madu

resepi nasi ayam madu

Kemarin saya dah menulis resepi ayam goreng berempah. Ia tak kalah sedap dengan nasi ayam madu yang akan saya kongsikan hari ini. Kalau di bulan Ramadhan, orang-orang ramai beratur panjang untuk beli nasi ayam. Daripada beli lebih bagus buat sendiri. Boleh dapat daging ayam yang besar, juga lebih amankan wang.

Jom kita layan resepi nasi ayam simple di bawah ini.

Bahan Ayam

  • 1 ekor ayam
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Bahan Perap
  • Sos tiram
  • Kicap cair
  • Kicap manis
  • Madu
  • Minyak bijan

Cara Masak Ayam

  1. Kisar halia, bawang putih dan bawang merah.
  2. Perap ayam dengan bahan kisar tadi selama 30 minit.
  3. Didihkan air dalam periuk dan masukkan ayam. Perlahankan api hingga ia setengah masak.
  4. Bila dah setengah masak, angkat ayam dan perap dengan bahan perap seketika.
  5. Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
  6. Goreng ayam dalam periuk sehingga minyak menenggelami ayam.
  7. Bila dah masak, angkat dan toskan minyak.
  8. Potong ayam dan hidangkan.

Bahan Nasi Ayam

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • 2 helai daun pandan
  • 1 helai daun salam (bay leave)
  • Susu full cream
  • Serbuk ayam
  • Mentega
  • Minyak ayam
  • Garam
  • Gula
  • Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis

Cara Masak Nasi Ayam

  1. Basuh beras wangi hingga bersih. Tos dan letak dalam rice cooker.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar menggunakan mentega.
  3. Masukkan juga bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam. Tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan separuh air rebusan ayam, susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut selera.
  5. Biarkan ia mendidih dan tutup api. Tuang air tumisan tadi ke dalam beras dalam rice cooker.
  6. Masak nasi, bila dah masak taburkan bawang goreng dan daun sup.

Bahan Sambal Cili

  • 5 biji cili padi merah siam - saya guna cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia - saya tambah
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • air kicap perapan ayam
  • Sos tomoto

Cara Buat Sambal Cili Nasi Ayam

  1. Blend cili padi merah siam dengan halia dan bawang putih. Tumis dalam kuali.
  2. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa.
  3. Tambahkan air rebusan ayam. Masak dengan api sederhana hingga kilat.
  4. Masukkan air kicap perapan ayam dalam kuali hingga mendidih.

Bahan Sup

  • Jeruk kubis
  • Garam
  • Serbuk ayam
  • Daun bawang - tabur
  • Bawang putih goreng - tabur

Cara Buat Sup

  1. Ambil separuh air rebusan ayam dan campurkan dengan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam secukup rasa.
  2. Bubuhkan potongan daun bawang dan bawang putih goreng bila nak dihidangkan.

Simple kan resepi nasi ayam madu yang saya kongsikan di atas? Bila nak buat, ayam jangan dipotong kecil-kecil. Biarkan jak seekor. Setelah digoreng barulah dipotong agar ayam masak cantik. Kalau tak suka goreng, anda boleh panggang ayam.

Tags: #resepi ayam #resepi nasi ayam #resepi nasi ayam madu