Resepi Ayam Paprik Berkuah Ala Thai

9 views

Resepi Ayam Paprik Berkuah Ala Thai - Hello jumpa lagi di ResepiAyam.net, hari ini saya akan kongsikan satu resepi masakan ayam yang sedap dan simple yang dimasak paprik. Ayam paprik berasal dari negara Thailand. Oleh itu nama masakan yang akan saya kongsi dinamakan resepi ayam paprik berkuah ala Thai.

Resepi ayam paprik memang selalu dicari orang pada masa acara resmi maupun santai. Ia ramai ditemui di acara kenegaraan, pesta pernikahan, dan Idul Fitri. Ia bisa dimaklumi kerana ayam masak paprik memang rasanya sedap. Selepas anda masak, ia boleh membuat ludah menari.

Resepi Ayam Paprik Berkuah Ala Thai

resepi ayam paprik

Kemarin saya dah menulis resepi ayam percik Kelantan. Memang susah makan ayam percik Kelantan kerana jarang yang berniaga kecuali restoran, oleh itu buat sendiri je. Resepi ayam paprik berkuah ala Thai yang akan saya kongsikan ini didapat dari acara Chef Wan. Ia seorang celebrity chef terkenal di Malaysia. Ia pandai memasukkan dan menggaul ayam hingga masak sempurna.

Jom kita layan resepi ayam paprik berkuah ala Thai di bawah ini.

Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam - potong saiz sesuai selera
  • 4 biji bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 batang serai - titik
  • 5 biji cili padi - hiris
  • 1 biji bawang besar - mayang
  • 2 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • 3 helai daun limau purut - siat siat
  • brokoli
  • jagung muda
  • karot
  • air secukupnya

Bahan Sos

  • 7 sudu besar sos cili
  • 6 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis

Cara Buat Ayam Paprik Berkuah Ala Thai

  1. Goreng potongan ayam hingga setengah masak.
  2. Masukan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk bersama cili padi. Kacau sekejap.
  3. Masukan sos cili, sos tomato, sos tiram, dan kicap manis. Kacau hingga sebati.
  4. Biarkan kuah mendidih sekejap, lalu masukan air secukupnya.
  5. Masukan serai, daun limau purut, brokoli, jagung muda dan karot. Kacau hingga kuah mendidih.
  6. Akhir sekali masukan bawang besar yang telah dimayang.

Mudah je kan resepi ayam paprik berkuah ala Thai yang telah saya kongsikan diatas? Ayam masak paprik ini memang cukup popular kerana ia menggunakan kuah yang pekat. Bila nak buat kuah yang pekat, tambahkan sedikit air je. Anda mesti cuba masak sendiri untuk keluarga anda.

Tags: #resepi ayam #resepi ayam masak paprik #resepi ayam paprik