Resepi Ayam Goreng Berempah Simple

3 views

Resepi Ayam Goreng Berempah - Hello jumpa lagi di ResepiAyam.net, hari ini saya akan kongsikan satu resepi masakan ayam yang menjadi favorit anak-anak. Ayam Goreng berempah boleh menjadi masakan yang anda hidangkan kepada keluarga. Lebih sedap bila ditambah kuah sehingga menambah selera makanan yang sedap. Anak-anak memang sukakan ayam goreng berempah. Kalau tak ada ayam goreng, seperti tak ada lauk je. Terliur juga bila tengok gambar seorang sahabat share ayam goreng. Oleh itu saya teringin buat sendiri.

Memang bila nak lihat resepi ayam goreng yang ada, ayam goreng KFC yang paling best sebab ia memang ada rahsia sendiri. Kita boleh juga mencuba membuatnya sendiri di rumah yang tak kalah sedap dengan ayam goreng KFC. Lebih sedap lagi digaul dengan nasi kukus.

Resepi Ayam Goreng Berempah

resepi ayam goreng berempah

Kemarin saya dah menulis resepi ayam masak halia ala thai. Sedap memang rasanya, sesuai untuk anda yang tak ada idea memasak masakan berkuah sedap. Sekarang ini saya akan kongsikan resepi ayam goreng berempah yang simple tapi sedap rasanya. Ia menjadi favorit anak-anak.

Jom kita layan resepi ayam goreng berempah simple di bawah ini.

Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 1-2 sudu besar serbuk kari daging
  • Beberapa helai daun limau purut - diracik halus
  • Sedikit serbuk cili atau cili kisar (opsyenal)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan Kisar Halus

  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih

Bahan Kisar Kasar

  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup (ganti serbuk kunyit)
  • 2 batang serai

Cara Masak Ayam Goreng Berempah

  1. Basuh ayam dan potong kecil-kecil. Toskan dan ketepikan.
  2. Masukkan ayam dan semua bahan kisar halus dan kasar beserta bahan lain ke dalam mangkuk besar.
  3. Gaul ayam hingga rata dan rempah ratus menyaluti semua bahagian ayam.
  4. Perap selama 1 jam sebelum digoreng. Boleh simpan dalam peti ais semalaman supaya lebih mesra.
  5. Goreng ayam dalam minyak penuh dengan api sederhana. Bila dah garing dan berwarna keemasan, dibalik-balikan hingga masak sekata.
  6. Angkat dan toskan.

Mudah je kan resepi ayam goreng berempah simple yang saya kongsikan. Akhir sekali, angkat juga rempah-rempah yang jatuh di dasar kuali semasa menggoreng. Ia sangat sedap. Kalau tak diangkat nanti rempah akan hangit dan pahit. Sajikan ayam goreng bersama nasi kukus panas.

Tags: #ayam goreng berempah #resepi ayam #resepi ayam goreng berempah