Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers

11 views

Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers - Hello jumpa lagi di ResepiAyam.net, hari ini saya akan kongsikan satu resepi masakan ayam yang sedap dan simple. Ayam bakar ini memang popular kerana dijamin sedap hingga menjilat jari. Anda pasti dipuji rakan dan keluarga. Rasa ayam bakar ala Kenny Rogers yang saya kongsikan memang lazat macam makan kat kedai.

Resepi ayam bakar memang selalu dicari orang pada masa cuti. Tentu anda teringin buat yang spesial untuk keluarga anda. Hari-hari sekarang pun anak-anak suka nak minta makan ayam. Ayam bakar ala Kenny Rogers boleh menjadi menu makan tengahari, arisan, hari lahir dan hari raya.

Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers

resepi ayam bakar ala kenny rogers

Kemarin saya dah menulis resepi ayam paprik berkuah ala Thai. Memang susah sikit buatnya tapi memang tak kalah sedap. Resepi ayam bakar ala Kenny Rogers ini pun simple. Walaupun simple, tapi ia amat menggiurkan kerana saya tambahkan sos mushroom blackpepper.

Jom kita layan resepi ayam bakar ala Kenny Rogers di bawah ini.

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 ketul kuib ayam Knorr (No Added MSG)
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar lada hitam kasar
  • 2 sudu besar mixed herbs
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar madu
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • sedikit butter
  • sedikit air

Cara Buat Ayam Bakar Ala Kenny Rogers

  1. Masukan bawang besar, bawang putih, halia, sos lada hitam, mixed herbs, lada hitam kasar, gula, madu dan garam halus ke dalam blender.
  2. Masukan juga kiub ayam Knorr dan sedikit air ke dalam blender.
  3. Blend semua bahan hingga menjadi bahan perap halus.
  4. Lumurkan bahan perap tadi di seluruh badan ayam yang telah dibersihkan luar dan dalam hingga sisakan setengah.
  5. Perap ayam selama 2 jam (boleh perap lebih lama) dalam peti ais.
  6. Sementara tunggu ayam diperap, kita buat sos mushroom blackpepper.

Bahan Sos Mushroom Pepper

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 kuib ayam Knorr (No Added MSG)
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan sedikit air panas
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu butter
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 tin cendawan butang - hiris halus
  • 1/2 cawan fresh milk

Cara Buat Sos Mushroom Blackpepper

  1. Blend bawang besar, bawang putih, kuib knorr, sos tiram, serbuk lada hitam, dan fresh milk.
  2. Tumis butter dengan api sederhana.
  3. Bila butter dah cair, masukan bahan blend tadi dalam satu bekas bersama butter cair.
  4. Masukan bancuhan tepung gandum dan air.
  5. Lepas tu, masukan kicap manis, sos lada hitam, gula dan garam.
  6. Masukan cendawan butang yang telah dihiris.
  7. Masak sos hingga pekat. Kacau selalu supaya tidak hangus.
  8. Bila dah buat sos dan perap ayam 2 jam, letakan butter sebelum ayam dibakar dan panaskan oven selama 20 minit dengan suhu 180 C.
  9. Bakar selama 1/2 jam dengan api atas bawah.
  10. Keluarkan ayam dan lumurkan dengan sisa bahan perapan.
  11. Masukan lagi ke dalam oven selama 1 jam hingga masak sempurna.
  12. Angkat dan letak sikit minyak supaya tak terlampau kering.
  13. Lumurkan ayam bakar dengan sos mushroom blackpepper.

Sebenar simple je buat resepi ayam bakar ala Kenny Rogers yang telah saya kongsikan diatas, tapi anda mesti sediakan banyak bahan-bahan. Sila cuba sendiri bagi sesiapa yang suka.

Tags: #resepi ayam #resepi ayam bakar #resepi ayam bakar kenny rogers